Nuffnang Ads

Saturday, December 29, 2012

Banjir Di Terengganu, Meragut 6 Nyawa

Banjir di Terengganu setakat petang ini telah meragut enam nyawa iaitu tiga di Kemaman, dua di Setiu dan seorang di Kuala Terengganu.Keadaan banjir di Terengganu dan Kelantan bertukar buruk petang ini apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di dua negeri Pantai Timur itu meningkat kepada 21,800 orang berbanding 14,930 pagi ini.GAMBAR INI MANGSA LEMAS DI KEMAMAN (LOKASI XXXXXX ).

Pagi tadi keadaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang dilihat semakin pulih apabila lebih 4,000 mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. paras air Sungai Golok di Rantau Panjang, Kelantan dan Sungai Dungun di Jambatan Jerangau, Terengganu telah melebihi paras bahaya setakat pukul 5 petang ini.

Mangsa banjir di Pahang petang ini pula berkurangan kepada 435 orang berbanding 994 orang pagi tadi. Mangsa banjir di Johor kini seramai 13 orang di mana tiada mangsa banjir dicatatkan pagi tadi di negeri itu.

Di TERENGGANU, keseluruhan mangsa banjir yang berada di pusat penempatan banjir sehingga pukul 5 petang ini meningkat kepada 14,894 orang berbanding 8,173 orang pagi tadi.
Di Kemaman jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan petang ini ialah seramai 9,601, Dungun (4,026) , Kuala Terengganu (935), Setiu (185), Hulu Terengganu (104), Besut (31) dan Marang (12).

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir mencatatkan peningkatan walaupun pusat pemindahan di tiga jajahan iaitu di Machang, Tanah Merah dan Kuala Krai ditutup tengah hari tadi.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, jumlah yang ditempatkan di 28 buah pusat pemindahan di empat jajahan ketika ini adalah seramai 7,000 orang berbanding 6,757 orang pada sebelah pagi tadi.

Peningkatan ketara jumlah mangsa yang berpindah itu adalah di Tumpat berikutan limpahan air Sungai Golok yang kini masih berada di paras bahaya.

Pasir Mas mencatatkan jumlah mangsa banjir terbanyak dengan 4,279 orang diikuti Tumpat (2,329), Kota Baharu (247) dan Pasir Puteh (145).

Kesemua mangsa perpindahan itu membabitkan 2,197 buah keluarga.

Kecuali Sungai Golok di Rantau Panjang yang masih berlegar di paras bahaya, sungai utama yang lain kini surut ke paras berjaga-jaga manakala semua jalan utama menghubungi Kelantan tidak terjejas. Cuaca di Kelantan sejak semalam adalah baik.SILA SHARE UNTUK INFO BERSAMA TERIMA KASIH.

No comments:

Post a Comment