Nuffnang Ads

Tuesday, October 2, 2012

Al-Kuliyah TV3 di Seri Perdana, Putrajaya





Pada petang hari Jumaat yang lalu, kami bertolak dari MAMPU, Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada jam 5.00petang. Bertempat di Kediaman Rasmi YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, di Seri Perdana Putrajaya. Kami dijemput bagi menonton rancangan Al-Kuliayah di TV3 dan bersiaran secara langsung dari Kediaman Rasmi Perdana Menteri Malaysia.

Pelbagai agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang turut hadir. Ini memberi pendedahan yang baik kepada semua warga JPM. Masa tu, ramai wanita dari lelaki yang hadir, sehinggakan ada agensi yang memakai baju kurung dan baju melayu sedondon. Wah! meriah sungguh majlis yang berunsurkan keagamaan ini.

Sungguh mesra YAB Perdana Menteri kepada tetamu yang hadir ke majlis tersebut. Seorang pemimpin berjiwa rakyat sesuai dengan ungkapan azimat beliau " Satu Malaysia", " Rakyat Didahulukan", Pencapaian Diutamakan". Terbaik!!!



No comments:

Post a Comment