Nuffnang Ads

Sunday, October 28, 2012

Israel Mesti Ditekan Secara Berterusan

KUALA LUMPUR: Penduduk di Palestin khususnya di Gaza tidak akan dapat mencapai kebebasan dan pasti terus menderita di bawah pendudukan Israel selagi masyarakat dunia enggan memberikan tekanan kepada rejim Zionis yang angkuh serta tidak menghormati prinsip kemanusiaan.
Pengerusi Viva Palestina Malaysia (VPM), Datuk Adnan Mohd Tahir berkata semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) harus menjalankan kempen menyedarkan masyarakat bagi memperjuangkan hak penduduk Palestin yang sekali gus sebenarnya akan menjadikan konteks dunia lebih aman, stabil dan adil.

“Dua tahun sudah berlalu sejak pasukan bersenjata Zionis merampas hak penduduk Gaza dengan cara kejam dan keji. Tarikh 27 Disember 2008 mesti diingati masyarakat dunia sebab rejim Israel tanpa perikemanusiaan menyerang Gaza,” katanya ketika bersama aktivis Viva Palestina Malaysia menyertai imbasan massa lakonan semula kekejaman serangan Israel terhadap Gaza di KL Sentral, di sini.

No comments:

Post a Comment