Nuffnang Ads

Sunday, October 28, 2012

Muktamad Pengambilan Pasar Chow Kit Awal 2013

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memuktamadkan pengambilan tanah bagi projek pembangunan Pasar Raja Bot atau lebih dikenali sebagai Pasar Chow Kit, di sini, selewat-lewatnya tahun depan.
Datuk Bandar, Datuk Phesal Talib berkata, pihaknya juga akan menitikberatkan usaha mengetengahkan Pasar Raja Bot beridentiti Malaysia dengan menempatkan hanya peniaga tempatan.

“Kita tak mahu Pasar Chow Kit menjadi seperti Jalan Pudu, Jalan Petaling dan beberapa kawasan lain yang dikuasai pendatang asing.
“Diharap peniaga tempatan tidak sewenang-wenangnya ‘menyerahkan’ perniagaan mereka kepada warga asing yang kini berasa seolah-olah berniaga di negara sendiri,” katanya selepas merasmikan Program Korban Peringkat Masjid Negara 1433H, di sini, semalam.

Pada program itu juga, 39 lembu diserahkan kepada Masjid Negara daripada syarikat korporat dan individu untuk dikorbankan.

Turut hadir, Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.

No comments:

Post a Comment