Nuffnang Ads

Monday, October 29, 2012

Maya Karin Masih "Single" What!!!

Maya Karin berkata bahawa beliau masih solo.


Orang secantik Maya Karin, kalau tak dikaitkan dengan insan bernama lelaki, memang ia sesuatu yang tidak normal. Maka, setiap kali digosip mempunyai hubungan cinta dengan lelaki, aktres cantik tersebut hanya tersenyum.

Dalam nada yang tenang tetapi tegas, Maya yang telah berpisah dengan suaminya, Steven David Shorthose pada tahun 2010 menafikan dia kini bercinta dengan mana-mana lelaki.

Dia tidak bercinta dengan aktor Remy Ishak yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini selepas dilihat makan berdua-duaan di sebuah restoran di The Curve, Petaling Jaya pada malam sebelum dia berlepas ke Nepal untuk bercuti, sementara Remy pula ke kota London untuk menjalani penggambaran drama terbarunya.

Tidak juga bercinta dengan orang kuat syarikat permotoran Lotus seperti didakwa selepas gambarnya dalam garaj pasukan Lotus, pada Formula One di Singapura beredar di internet.

“Saya masih solo. Tapi saya akui memang ramai berkawan dengan lelaki. Namun bercinta, belum lagi, malah belum pernah sejak bercerai dua tahun lalu,” ujarnya.

Tambah Maya, apa yang lebih penting dalam kehidupannya ini adalah untuk menikmati kehidupan dengan sepuasnya seperti mengembara ke seluruh dunia. Terkini, bersama bapanya, aktres jelita itu sedang menawan puncak gunung Kathmandu di Nepal yang memakan masa empat hari pendakian. Maya berada di Nepal selama 10 hari dan kembara tersebut bukan kembara pertamanya, sebaliknya Maya telah mengembara ke beberapa destinasi menarik dunia seperti ke Amerika Selatan dan berenang di dalam sungai yang dipenuhi ikan pirahna.

“Saya tidak mahu terbeban fikir soal jodoh. Saya kini banyak mengembara dan siapa tahu dalam kembara saya, saya bertemu jodoh?” kata Maya yang pernah merangkul trofi Pelakon Filem Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 21.

Dalam masa yang sama, Maya menyatakan dia juga lebih suka memberi fokus terhadap kariernya. Mengaku lebih selektif, apa yang penting setiap kemunculannya dapat memberi impak kepada masyarakat.

Bakal muncul dengan filem “Lagenda Budak Setan 2” - Katerina bersama Farid Kamil pada bulan hadapan, jelas Maya: "Saya tidak kisah kalau jarang muncul dalam mana-mana naskhah. Tapi apa yang penting, biar hanya dengan sekali kemunculan setahun, ia akan memberi impak buat penonton. Sebab itu saya tak kisah menolak watak yang saya rasa tidak memberi sebarang impak kepada saya ataupun industri."

No comments:

Post a Comment