Nuffnang Ads

Sunday, October 28, 2012

Perokok Tetap Beli Walau Harga Naik!

KUALA LUMPUR: “Setinggi mana pun kenaikan harga rokok, perokok tegar tetap membelinya. Kenaikan 20 sen tidak memberi kesan, apatah lagi menghentikan tabiat berkenaan,” kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan.
Menurutnya, untuk menggalakkan perokok berhenti, resolusi lebih baik diperlukan berbanding tindakan terus menaikkan harga tembakau itu.

“Perokok sebenarnya ‘sakit’ dan mereka hanya puas apabila dapat menghisapnya. Tidak ubah seperti lagak penagih, sesukar mana pun tidak menjadi masalah. “Mereka sanggup melakukan apa saja asal dapat melepaskan gian,” katanya mengulas kesan kenaikan harga terbaru rokok kepada pengguna.
Harga rokok keluaran British American Tobacco (BAT) dinaikkan sebanyak 20 sen mulai Isnin lalu berikutan kenaikan eksais dan cukai.

Nadzim berkata, kerajaan perlu mewujudkan kumpulan sokongan dalam usaha memerangi tabiat merokok, terutama membabitkan pelajar sekolah.

“Sama ada langkah kerajaan itu efektif, ia masih menjadi persoalan kerana rokok dilihat sebagai ‘trend’ di kalangan budak sekolah, baik lelaki mahupun perempuan.
“Oleh itu, perangi habis-habisan dengan cara mendidik orang awam lebih baik. Alternatif terbaik ialah gerakkan kumpulan sokongan dalam masyarakat berbanding menaikkan harga rokok,” katanya yang memaklumkan 99 peratus daripada penagih dadah adalah perokok.

No comments:

Post a Comment