Nuffnang Ads

Monday, October 29, 2012

Amy Search Kecewa Restoran Cheng Ho Ditutup

28 Okt – Penyanyi lagenda rock tanah air, Amy Search meluahkan rasa kesal dan kecewanya apabila terpaksa menutup Restoran Cheng Ho miliknya di Wangsa Maju baru-baru ini.
Menurut laporan Kosmo, restoran yang terkenal dengan masakan ala Cina yang sudah beroperasi selama empat tahun itu terpaksa ditutup kerana mempunyai pelbagai masalah.
"Saya sedih kerana perniagaan ini sudah lama dijalankan tetapi akhirnya terpaksa ditutup," katanya.
Menurut Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 53, dia memulakan perniagaan tersebut dengan modal sebanyak RM250,00 empat tahun lalu. Dia kemudiannya telah menyerahkan segala urusan perniagaan kepada seorang rakan namun ia berdepan dengan pelbagai masalah.
Namun Amy berkata, dia bernasib baik kerana telah mempatenkan nama Cheng Ho sebelum ini, oleh itu tiada pihak lain yang boleh menggunakan nama tersebut.
Dalam pada itu, Amy memberitahu bahawa kini dia sedang mencari pelabur baru untuk membuka kembali restoran itu di lokasi lain.
Terdahulu, pada tahun 2010 pihak Mahkamah Seksyen Sivil telah memerintahkan Amy untuk membayar ganti rugi sebanyak RM18,000 kepada Nik Zahir Nik Mohd Idris yang menfailkan saman bagi pihak anaknya Nik Zakwan, 6, yang melecur pada bahagian belakang badan selepas terkena kuah tomyam akibat kecuaian pekerja restoran itu.

No comments:

Post a Comment