Nuffnang Ads

Monday, October 1, 2012

Kucing dan Si Putih


Kadang-kadang aku pun pelik, kenapa kucing selalu tidur kat umah aku?. Aku seringkali terjumpa dia tidur kat bawah kereta, dalam kasut, kat atas bonet kereta dan kat tepi diding rumah aku. Aku nak tahulah siapa punya kucing nie. Aku bukan apa saja nak tahu, sebab penat juga basuh air kencing dia nie.

Pernah juga aku marah dan kekadang tu aku jirus dia dengan air paip. Aku tidak sampai hati nak sakiti kucing ini, tapi aku dah penat nak basuh air kencing dan najis dia kat luar rumah nie. Boleh sesiapa tolong bagi idea bagaimana nak selesaikan masalah ini?

Aku aku akan tunggu jawapan dari kawan-kawan semua. Kucing nie comel tau, kesian kucing nie dibuang begitu saja. Kalau kat kedai jual kucing perhiasan nie, tentu mahal harganya, silap-silap ada surat beranak lagi. Adik aku yang duduk kat PD tu, sayangkan kucing, hinggakan kucing pun di bawa tidur.

Dahulunya aku seorang yang meminati kucing, tapi sekarang susahlah nak jaga, sebab kat rumah tiada orang yang nak jaga makan dan minum dia. Kalau kawan-kawan nak tahu, masa kecik dulu, saya suka bela kucing, macam-macam nama saya taruk kat kucing, ada yang nama Atan, Belang, Tompok, Putih, yang paling best bat man, sebab anak mata dia sebelah warna hijau dan sebelah lagi warna biru. Si Putih tu dua-dua belah anak matanya warna biru.

Kisah Si Putih tu memang aku kesian, bonda aku yang jumpa dia, masa tu dia tidaklah berapa kecik, bonda aku jumpa dia kat tepi dinding dan bila didekati dia marah lalu lari dan masuk ke dalam rumah. Bonda aku hairan tau, kenapa ada darah kat kucing nie. Bonda aku terus mendapatkan kucing nie iaitu Si Putih, bonda aku tanya tau dia...hehehe...geli hatilah juga dengar cerita bonda aku nie. Dia tanyakan pada Si Putih, " Putih...Oh Putih...kenapa kau berdarah nie"?, kawan-kawan nak tahu apa jawab Si Putih...?. hehehe...mana dia boleh bercakap.... apa dah..,

Si Putih cedera sebab tuannya memotong buah di kemaluannya dan tidak disapu ubat atau minyak gamat bagi menghentikan darahnya. Tuannya membiarkannya begitu saja tanpa belas kasihan. Aku pun dengar tidak sampai hati. Tapi bondaku mengubatinya dengan menyapukan minyak gamat di tempat yang berdarah tu. Alhamdulillah, Si Putih sembuh dan meneruskan rutin harian sebagai seekor kucing jantan yang biasa.

Si Putih nie penakut tau, sehinggakan tikus depan mata pun dia lari. Ayahanda aku sungguh marah bercampur kelakar melihat gelagat Si Putih nie. Aku rasa dia dah hilang keberanian dan kejantanan sebagai seekor kucing yang berani. Misai lebat macam sarjan misai, tapi penakut...hehehehe. Aku selalu bawa dia tidur, sebab aku tiada kawan masa kat umah. Tapi dia rimas agaknya, sebab aku selalu pikul dia kat atas kepala aku, tapi aku suka tau kerana bulu dia lembut.

Sebelum aku sambung belajar, aku sudah nampak kelakuan Si Putih agak pelik dan dia selalu makan pucuk rumput yang segar. dan perkara ini selalu aku nampak. Bonda aku kata, mungkin Si Putih sakit, sebab Allah telah menganugerahkan kepada setiap haiwan didunia ini supaya mencari ubatnya sendiri dan itulah keistimewaan haiwan. Tidak suka menyusahkan tuannya dan susah kita nak faham, apa kehendaknya. Sampai masanya Si Putih dewasa dan aku mula belajar di Perak. Aku tinggalkan putih bersama keluargaku, tapi pada cuti sem yang kedua, aku tidak nampak lagi kelibat Si Putih, kerana dia sudah pergi entah kemana. Kata Bonda aku, Si Putih pergi buat selama-lamanya, kata orang tua, jika dia sayangkan tuannya, bila dia nak mati, dia akan pergi jauh ke dalam hutan atau jauh dari pandangan tuannya, kerana dia faham, tuannya akan sedih bila dia mati di hadapan mata.

Si Putih pergi buat selama-lamanya dan tidak akan kembali lagi. Aku berdoa agar Si Putih bersemadi dengan aman. Kisah ini sudah lama aku simpan dalam hatiku, kerana tiada yang mengerti apa itu alam haiwan dan apa yang dia inginkan dari kita.

No comments:

Post a Comment